Wednesday 1 July 2020

SALAM 2020


Masih kekal dengan 3 orang guru yang diketuai oleh Pn Rafidah binti Yunus, Pn Norhasida binti Kamarudin dan Pn Humairah binti Zakaria

Monday 18 January 2016

AHLAN WA SAHLAN 2016

PENYELARAS UBK 2016


2016 menyaksikan perubahan pada kepimpinan UBK SAMTSH dengan pelantikan PN RAFIDAH BINTI YUNUS selaku Penyelaras UBK SAMTSH yang baru. Moga tahun ini UBK terus cemerlang dan terbilang.


Friday 24 January 2014

BARISAN GURU KAUNSELING 2014


SESI 2014... UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING...

PENYELARAS UBK: PN NORHASIDA BINTI KAMARUDDIN

SETIAUSAHA 1: PN RAFIDAH BINTI YUNUS

SETIAUSAHA 2: PN HUMAIRAH BINTI ZAKARIA

Tuesday 25 December 2012

CIKGU SURIYANA HARUN BALIK SABAH

untuk makluman semua Pn. Suriyana Harun akan meneruskan tugasnya di Sabah bagi sesi 2013. UBK mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu Suriyana. Moga Allah sentiasa melindunginya dan moga gembira di samping keluarga tercinta. Segala jasa dan pengorbanan Cikgu Suriyana amatlah dihargai dan hanya Allah sahaja dapat membalasnya. We love you...

Monday 3 September 2012

GBKSM BARU..

UBK, SAMTSH telah menerima guru bimbingan dan kaunseling yang baru iaitu Pn Humairah Bt Zakaria. Beliau berasal dari Terengganu dan kini menetap di Kelana Jaya. Moga dengan pertambahan tenaga, UBK dapat memperkasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah ini. Bergandingan Menuju Keunggulan...

Wednesday 21 September 2011

Bicara Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa


 
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. atas nikmat iman dan Islam yang telah menjadi rahmat sekalian alam. Atas anugerah dan rahmat Allah maka ia menjadikan setiap amal menjadi nikmat kebahagiaan bagi hambaNya yang beriman sepanjang kehidupannya di dunia dan di akhirat. 

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana akhirnya Blog Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah dapat disiapkan. Mudah-mudahan ia menjadi bahan yang berguna  kepada UBK dan sekolah amnya.
Laporan blog ini merupakan laporan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh UBK dari bulan Januari 2011 sehingga kini. Laporan ini juga boleh menjadi bahan rujukan dan perkongsian untuk tujuan peningkatan aktiviti UBK yang lebih berkualiti dan berkesan di sekolah pada masa akan datang.

Bagi tujuan penilaian ia merupakan dokumen penting yang boleh dirujuk dan diberi cadangan penambahbaikan, agar matlamat membangun unit bimbingan dan kaunseling sekolah yang lebih mesra pelanggan dan mampu menjadi agen pembinaan dan pembangunan modal insan berkualiti serta generasi muttaqin seperti yang dinyatakan dalam misi SAMTSH berjaya direalisasikan.

Justeru, usaha-usaha yang berterusan akan dapat meningkatkan kerjasama dalam kalangan warga sekolah terhadap pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dikemukakan oleh UBK sangat penting.
Kewangan bukanlah menjadi alasan utama untuk tidak mampu melaksanakan aktiviti UBK, sesungguhnya jika aktiviti UBK dirancang dengan baik, sokongan,bantuan mudah diterima khasnya daripada pihak-pihak yang berkepentingan seperti PIBG, Pihak Pengurusan dan agensi-agensi luar yang prihatin terhadap pembangunan masyarakat khasnya di sekolah . 

Konklusinya, usaha membangun insan merupakan amanah yang berterusan selama mana kebaikan dan kejahatan saling bersaing mencari pengaruhnya. Kejayaan bagi usaha-usaha ini tidak semestinya  berhasil dengan pantas tetapi usaha penuh dedikasi, tanpa jemu oleh GBKSM dan semua yang menyokong ,membantu segala usaha yang dilakukan juga merupakan satu kejayaan. 
Kerjasama dan sokongan yang diberi amatlah kami hargai, semoga ia menjadi amalan yang diterima Allah dan menjadi saksi kebaikan di sisi Allah jua.

Sekian, terima kasih.

Guru-guru Bimbingan & Kaunseling
SAMT Sultan Hisamuddin ,
Jalan Kota Raja , Klang,Selangor.