Masih kekal dengan 3 orang guru yang diketuai oleh Pn Rafidah binti Yunus, Pn Norhasida binti Kamarudin dan Pn Humairah binti Zakaria
Guru Bimbingan Dan Kaunseling SAMTSH
Wednesday, 1 July 2020
Monday, 18 January 2016
AHLAN WA SAHLAN 2016
PENYELARAS UBK 2016
2016 menyaksikan perubahan pada kepimpinan UBK SAMTSH dengan pelantikan PN RAFIDAH BINTI YUNUS selaku Penyelaras UBK SAMTSH yang baru. Moga tahun ini UBK terus cemerlang dan terbilang.
2016 menyaksikan perubahan pada kepimpinan UBK SAMTSH dengan pelantikan PN RAFIDAH BINTI YUNUS selaku Penyelaras UBK SAMTSH yang baru. Moga tahun ini UBK terus cemerlang dan terbilang.
Monday, 28 September 2015
Friday, 24 January 2014
BARISAN GURU KAUNSELING 2014
SESI 2014... UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING...
PENYELARAS UBK: PN NORHASIDA BINTI KAMARUDDIN
SETIAUSAHA 1: PN RAFIDAH BINTI YUNUS
SETIAUSAHA 2: PN HUMAIRAH BINTI ZAKARIA
Tuesday, 25 December 2012
CIKGU SURIYANA HARUN BALIK SABAH
untuk makluman semua Pn. Suriyana Harun akan meneruskan tugasnya di Sabah bagi sesi 2013. UBK mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu Suriyana. Moga Allah sentiasa melindunginya dan moga gembira di samping keluarga tercinta. Segala jasa dan pengorbanan Cikgu Suriyana amatlah dihargai dan hanya Allah sahaja dapat membalasnya. We love you...
Monday, 3 September 2012
GBKSM BARU..
UBK, SAMTSH telah menerima guru bimbingan dan kaunseling yang baru iaitu Pn Humairah Bt Zakaria. Beliau berasal dari Terengganu dan kini menetap di Kelana Jaya. Moga dengan pertambahan tenaga, UBK dapat memperkasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah ini. Bergandingan Menuju Keunggulan...
Wednesday, 21 September 2011
Bicara Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana akhirnya Blog Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah dapat disiapkan. Mudah-mudahan ia menjadi bahan yang berguna kepada UBK dan sekolah amnya.

Bagi tujuan penilaian ia merupakan dokumen penting yang boleh dirujuk dan diberi cadangan penambahbaikan, agar matlamat membangun unit bimbingan dan kaunseling sekolah yang lebih mesra pelanggan dan mampu menjadi agen pembinaan dan pembangunan modal insan berkualiti serta generasi muttaqin seperti yang dinyatakan dalam misi SAMTSH berjaya direalisasikan.
Justeru, usaha-usaha yang berterusan akan dapat meningkatkan kerjasama dalam kalangan warga sekolah terhadap pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dikemukakan oleh UBK sangat penting.

Konklusinya, usaha membangun insan merupakan amanah yang berterusan selama mana kebaikan dan kejahatan saling bersaing mencari pengaruhnya. Kejayaan bagi usaha-usaha ini tidak semestinya berhasil dengan pantas tetapi usaha penuh dedikasi, tanpa jemu oleh GBKSM dan semua yang menyokong ,membantu segala usaha yang dilakukan juga merupakan satu kejayaan.
Kerjasama dan sokongan yang diberi amatlah kami hargai, semoga ia menjadi amalan yang diterima Allah dan menjadi saksi kebaikan di sisi Allah jua.
Sekian, terima kasih.
Guru-guru Bimbingan & Kaunseling
SAMT Sultan Hisamuddin ,
Jalan Kota Raja , Klang,Selangor.
Subscribe to:
Posts (Atom)