
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana akhirnya Blog Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah dapat disiapkan. Mudah-mudahan ia menjadi bahan yang berguna kepada UBK dan sekolah amnya.

Bagi tujuan penilaian ia merupakan dokumen penting yang boleh dirujuk dan diberi cadangan penambahbaikan, agar matlamat membangun unit bimbingan dan kaunseling sekolah yang lebih mesra pelanggan dan mampu menjadi agen pembinaan dan pembangunan modal insan berkualiti serta generasi muttaqin seperti yang dinyatakan dalam misi SAMTSH berjaya direalisasikan.
Justeru, usaha-usaha yang berterusan akan dapat meningkatkan kerjasama dalam kalangan warga sekolah terhadap pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dikemukakan oleh UBK sangat penting.

Konklusinya, usaha membangun insan merupakan amanah yang berterusan selama mana kebaikan dan kejahatan saling bersaing mencari pengaruhnya. Kejayaan bagi usaha-usaha ini tidak semestinya berhasil dengan pantas tetapi usaha penuh dedikasi, tanpa jemu oleh GBKSM dan semua yang menyokong ,membantu segala usaha yang dilakukan juga merupakan satu kejayaan.
Kerjasama dan sokongan yang diberi amatlah kami hargai, semoga ia menjadi amalan yang diterima Allah dan menjadi saksi kebaikan di sisi Allah jua.
Sekian, terima kasih.
Guru-guru Bimbingan & Kaunseling
SAMT Sultan Hisamuddin ,
Jalan Kota Raja , Klang,Selangor.
No comments:
Post a Comment